About

Saturday, August 10, 2019

Selamat hari raya aidiladha 2019




Assalamualaikum w.b.tšŸ˜Š

Sedar tak sedar kita bakal meraikan hari raya aidiladha pada esok hari 10zulhijjah1440H.
Dikesempatan ini,saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidiladha maaf zahir dan batin kepada semua kawan-kawan serta kaum muslimin dan muslimat tidak kisah dimana jua anda semua berada.

"Semoga segala pengorbanan yang dilakukan mendapat keredhaan serta keberkatan oleh ALLAH s.w.t"

Seperti kisah daripada salah seorang nabi iaitu nabi Ibrahim;

Siti Hajar ialah isteri kedua Nabi Ibrahim A.S, yang digambarkan sebagai seorang wanita, isteri dan ibu yang sabar, bijaksana, cantik, taat kepada perintah Allah dan suami serta tabah menghadapi ujian yang diturunkan.

Manakala Nabi Ibrahim pula merupakan seorang suami dan ayah yang amat taat kepada perintah Allah, redha dan tabah melakukan pengorbanan meskipun terpaksa mengorbankan orang yang disayanginya.

Kisah pengorbanan kedua-dua pasangan suami isteri ini amat besar impaknya sehingga ia menjadi titik tolak kepada ibadah haji dan korban yang perlu dilaksanakan oleh umat Islam sehingga ke hari ini.

Diriwayatkan kisah Nabi Ibrahim A.S. yang diperintahkan oleh Allah S.W.T. untuk meninggalkan Siti Hajar dan anak mereka yang masih kecil, Ismail (Nabi Ismail) di sebuah kawasan lembah yang tandus, gersang dan tiada seorang pun manusia.

Sebagai seorang nabi dan hamba Allah yang taat, Nabi Ibrahim lantas melaksanakan perintah tersebut meskipun di hatinya amat sedih kerana dia perlu meninggalkan dua orang yang amat dikasihinya.
 Betapa sayunya hati seorang isteri apabila mendapati dirinya akan ditinggalkan oleh sang suami di kawasan yang tiada berpenghuni tanpa sebarang sebab.

Namun, disebabkan ketaatan hatinya kepada Allah, ketika Nabi Ibrahim berpaling hendak meninggalkannya, Siti Hajar bertanya kepada suaminya: “Adakah Allah yang memerintahkan kamu melakukannya?”

Lantas Nabi Ibrahim hanya menjawab “Benar.”

Dengan kekuatan dan keyakinan hatinya, Siti Hajar menjawab, “Jika begitu, Allah tidak akan mensia-siakan kami.”

Maka Nabi Ibrahim pun berangkat pergi meninggalkan isterinya yang terkontang-kanting dengan Ismail sambil berdoa supaya Allah memelihara dan menjaga anak serta isterinya.
Sejurus ditinggalkan, Siti Hajar memerhatikan kawasan sekeliling. Tiada sumber air atau makanan, yang ada hanyalah tanah tandus. Tiada para sufi atau kabilah yang lalu-lalang untuk meminta bantuan.Yang ada hanyalah keyakinannya kepada Allah S.W.T. , keimanan hatinya yang kuat, ketaatannya kepada suami serta kasih sayangnya terhadap anaknya.

Selepas itu, diriwayatkan bahawa sebekas kurma dan sekantung air yang dijadikan bekalan untuk Siti Hajar dan anaknya akhirnya kehabisan, dan Ismail mula menangis meminta makanan.
Dek  rasa kasih seorang ibu, Siti Hajar berlari-lari dari bukit Safaa ke Marwah sebanyak tujuh kali pusingan untuk mencari air atau kalau-kalau terserempak dengan kelibat manusia untuk meminta bantuan.

Dengan kuasa Allah, akhirnya muncullah air dari tumit kaki Ismail, yang kemudiannya menjadi air zamzam yang tidak terputus bekalannya sehingga ke hari ini.
Sejak itu, kawasan lembah tersebut mula didatangi oleh orang ramai yang akhirnya menjadi sebuah perkampungan dan dikenali sebagai Mekah pada hari ini.

Selain kisah tersebut, kita juga perlu mengambil iktibar daripada kisah pengorbanan Nabi Ibrahim A.S. yang sanggup menyembelih anaknya, Nabi Ismail kerana taat kepada perintah Allah, sedangkan itu hanya merupakan satu ujian daripada Allah.Sekali lagi ketaatan dan keimanan Nabi Ibrahim dan Siti Hajar diuji apabila kedua-dua merelakan perkara tersebut kerana yakin dengan kekuasaan Allah.Akhirnya, Allah menggantikan Ismail dengan seekor binatang sembelihan yang lain.
Maka, terlepaslah Siti Hajar dan Nabi Ibrahim dalam ujian yang amat besar yang Allah turunkan.Ini adalah salah satu kisah nabi ibrahim dan istrri serta anaknya yang masyhur kalau dikaitkan dengan ibadat korban sempena hari raya aidiladha.

Selamat hari raya aidiladhan maaf zahir dan batin sekali lagi.
Semoga bermanfaat!

0 comments:

Post a Comment