About

Monday, August 12, 2019

Kelebihan istighfar





KISAH IMAM AHMAD, PENJUAL ROTI DAN ISTIGHFAR

Suatu ketika Imam Ahmad bin Hanbal pergi bermusafir lalu apabila malam menjelma beliau singgah di sebuah masjid dalam satu perkampungan bertujuan merehatkan badannya.

Namun penjaga masjid itu tidak mengenali Imam Ahmad. Penjaga masjid itu tidak membenarkan beliau berehat di masjid itu walaupun beberapa kali diminta dan dirayu oleh Imam Ahmad.

Imam Ahmad akur lalu beliau beredar dari masjid tersebut. Sampai di luar masjid Imam Ahmad bertembung dengan seorang penjual roti yang sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya.

Si penjual roti menegur Imam Ahmad dan mereka berbual seketika. Setelah mengetahui kisah Imam Ahmad tidak dibenarkan berehat di masjid, penjual roti itu lantas mengajak dan mempelawa Imam Ahmad untuk bermalam di rumahnya.

Sampai sahaja di rumah si penjual roti melayan Imam Ahmad selayaknya sebagai seorang tetamu. Dihidangnya makan dan minum dan berbual seketika tanpa dia mengetahui bahawa tetamunya itu seorang imam yang hebat iaitu Imam Ahmad bin Hanbal. Selepas itu si penjual roti menunjukkan tempat tidur untuk Imam Ahmad berehat dan dia pun meminta diri kerana perlu menyiapkan rotinya yang akan dijual keesokan hari.

Imam Ahmad memerhatikan sahaja si penjual roti yang berhati mulia itu melaksanakan pekerjaannya dari awal hingga dia siap membakar rotinya. Suatu perkara yang menarik perhatian Imam Ahmad, sepanjang melakukan pekerjaan membuat roti itu si penjual roti tidak putus melafazkan istighfar di bibirnya. Sementara tangan si penjual roti ligat membuat kerja, bibirnya pula dibasahkan dengan istighfar tanpa henti dan tanpa jemu.

Lantas Imam Ahmad bertanya kepada si penjual roti:

"Aku melihat engkau melaksanakan pekerjaanmu sambil melafazkan istighfar tanpa henti. Apakah sudah lama engkau mengamalkan yang sedemikian? Apakah pula hasilnya yg engkau dapat?"

Jawab si penjual roti:

"Itulah amalan ku (istighfar) telah sekian lama aku lakukan tanpa henti dan tanpa jemu."

"Dan faedah yg aku dapati daripada amalan ku itu, tiada satu pun doa yg aku pohon kepada ALLAH melainkan akan diperkenankan oleh-NYA. Melainkan satu sahaja hajat dan doa ku yang masih belum ALLAH berikan."

"Apakah hajat mu yang belum diperkenankan ALLAH itu?" tanya Imam Ahmad lagi.

Jawab si penjual roti:

"Aku sangat berhajat utk bertemu dengan imam yang hebat di zaman ini iaitu Imam Ahmad bin Hanbal."

Terkejut dan terkedu Imam Ahmad mendengar jawapan si penjual roti. Lantas beliau berkata:
"Rupanya ini semua perancangan Allah yang sangat hebat. Saya tidak dibenarkan berehat di masjid kerana untuk datang ke sini demi memenuhi doa dan permintaan mu."

"Apakah maksud mu wahai tetamu aku muliakan?" tanya si penjual roti dengan penuh kehairanan.

"Akulah Imam Ahmad bin Hanbal yang kau doa dan pohon pada ALLAH untuk bertemu." jawab Imam Ahmad dengan linangan air mata.

Subhanallah...

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:

"Barangsiapa memperbanyak istighfar (mohon ampun kepada ALLAH), nescaya ALLAH menjadikan baginya pada setiap kesedihannya jalan keluar dan pada setiap kesempitan ada kelapangan dan ALLAH akan memberinya rezeki (yang halal) dari arah yang tiada disangka-sangka.”

(HR. Ahmad, Abu Dawud, dan Ibnu Majah)

Sebarkan, agar ia memberi manfaat kepada orang lain. In sha ALLAH. 😊

Saturday, August 10, 2019

Selamat hari raya aidiladha 2019




Assalamualaikum w.b.t😊

Sedar tak sedar kita bakal meraikan hari raya aidiladha pada esok hari 10zulhijjah1440H.
Dikesempatan ini,saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidiladha maaf zahir dan batin kepada semua kawan-kawan serta kaum muslimin dan muslimat tidak kisah dimana jua anda semua berada.

"Semoga segala pengorbanan yang dilakukan mendapat keredhaan serta keberkatan oleh ALLAH s.w.t"

Seperti kisah daripada salah seorang nabi iaitu nabi Ibrahim;

Siti Hajar ialah isteri kedua Nabi Ibrahim A.S, yang digambarkan sebagai seorang wanita, isteri dan ibu yang sabar, bijaksana, cantik, taat kepada perintah Allah dan suami serta tabah menghadapi ujian yang diturunkan.

Manakala Nabi Ibrahim pula merupakan seorang suami dan ayah yang amat taat kepada perintah Allah, redha dan tabah melakukan pengorbanan meskipun terpaksa mengorbankan orang yang disayanginya.

Kisah pengorbanan kedua-dua pasangan suami isteri ini amat besar impaknya sehingga ia menjadi titik tolak kepada ibadah haji dan korban yang perlu dilaksanakan oleh umat Islam sehingga ke hari ini.

Diriwayatkan kisah Nabi Ibrahim A.S. yang diperintahkan oleh Allah S.W.T. untuk meninggalkan Siti Hajar dan anak mereka yang masih kecil, Ismail (Nabi Ismail) di sebuah kawasan lembah yang tandus, gersang dan tiada seorang pun manusia.

Sebagai seorang nabi dan hamba Allah yang taat, Nabi Ibrahim lantas melaksanakan perintah tersebut meskipun di hatinya amat sedih kerana dia perlu meninggalkan dua orang yang amat dikasihinya.
 Betapa sayunya hati seorang isteri apabila mendapati dirinya akan ditinggalkan oleh sang suami di kawasan yang tiada berpenghuni tanpa sebarang sebab.

Namun, disebabkan ketaatan hatinya kepada Allah, ketika Nabi Ibrahim berpaling hendak meninggalkannya, Siti Hajar bertanya kepada suaminya: “Adakah Allah yang memerintahkan kamu melakukannya?”

Lantas Nabi Ibrahim hanya menjawab “Benar.”

Dengan kekuatan dan keyakinan hatinya, Siti Hajar menjawab, “Jika begitu, Allah tidak akan mensia-siakan kami.”

Maka Nabi Ibrahim pun berangkat pergi meninggalkan isterinya yang terkontang-kanting dengan Ismail sambil berdoa supaya Allah memelihara dan menjaga anak serta isterinya.
Sejurus ditinggalkan, Siti Hajar memerhatikan kawasan sekeliling. Tiada sumber air atau makanan, yang ada hanyalah tanah tandus. Tiada para sufi atau kabilah yang lalu-lalang untuk meminta bantuan.Yang ada hanyalah keyakinannya kepada Allah S.W.T. , keimanan hatinya yang kuat, ketaatannya kepada suami serta kasih sayangnya terhadap anaknya.

Selepas itu, diriwayatkan bahawa sebekas kurma dan sekantung air yang dijadikan bekalan untuk Siti Hajar dan anaknya akhirnya kehabisan, dan Ismail mula menangis meminta makanan.
Dek  rasa kasih seorang ibu, Siti Hajar berlari-lari dari bukit Safaa ke Marwah sebanyak tujuh kali pusingan untuk mencari air atau kalau-kalau terserempak dengan kelibat manusia untuk meminta bantuan.

Dengan kuasa Allah, akhirnya muncullah air dari tumit kaki Ismail, yang kemudiannya menjadi air zamzam yang tidak terputus bekalannya sehingga ke hari ini.
Sejak itu, kawasan lembah tersebut mula didatangi oleh orang ramai yang akhirnya menjadi sebuah perkampungan dan dikenali sebagai Mekah pada hari ini.

Selain kisah tersebut, kita juga perlu mengambil iktibar daripada kisah pengorbanan Nabi Ibrahim A.S. yang sanggup menyembelih anaknya, Nabi Ismail kerana taat kepada perintah Allah, sedangkan itu hanya merupakan satu ujian daripada Allah.Sekali lagi ketaatan dan keimanan Nabi Ibrahim dan Siti Hajar diuji apabila kedua-dua merelakan perkara tersebut kerana yakin dengan kekuasaan Allah.Akhirnya, Allah menggantikan Ismail dengan seekor binatang sembelihan yang lain.
Maka, terlepaslah Siti Hajar dan Nabi Ibrahim dalam ujian yang amat besar yang Allah turunkan.Ini adalah salah satu kisah nabi ibrahim dan istrri serta anaknya yang masyhur kalau dikaitkan dengan ibadat korban sempena hari raya aidiladha.

Selamat hari raya aidiladhan maaf zahir dan batin sekali lagi.
Semoga bermanfaat!

Sunday, July 28, 2019

Absolutely halal malaysia 2019

Assalamualaikum w.b.t😊

Tengahari semalam,sempat juga singgah sekejap tengok event "Absolutely Halal Malaysia 2019" yang diadakan di MVEC,kuala lumpur.

⬇️⬇️
Pintu masuk utama MVEC.



   Ajaknya nak pergi tengok je,tapi last2..habis sume tester2 makanan yang ada diranggoh (bahasa pantai timur) maknanya makan lah tuu..hahaha

Antara tester2 yang sempat dirakamkan oleh kamera nokia3310 saya adalah ini⬇️

Die macam karipapap dan rasanya lebih kurang macam bum ada macam-macam rasa dan katanya ianya mirip "DIM SUM".
*SEONFOODINDUSTRYSDNBHD





Lepas habis tester2 yang dimakan.hahaha.terasa haus,singgahlah kat kedai manggo blended.Fuuhh..rasa memukau,terpukau...padan kenyang makan buah jer..hahahaha
Sekian.✌



Friday, July 19, 2019

BLOG: Nasi lemak dan resepi

BLOG: Nasi lemak dan resepi: "Ini bukan nasi lemak 50sen yer..ni nasi lemak RM1.20.made in bangsar,kuala lumpur" https://www.instagram.com/p/B0HnsZhgwzW/?i...

Thursday, July 18, 2019

Isabella89-cover by Anas malik


Assalamualaikum w.b.t😊

Dalam ramai-ramai kawan mesti ada seorang dua yang jenis kepala masuk air.kan?macam yang kat atas tulah⬆️
Hahaha

Masih ingat lagu fenomena isabella yang diterbitkan pada tahun 1989.lagu ini memang terkenal di tanah air dan ianya juga terkenal sehingga ke tanah seberang indonesia.lagu ini juga telah menaikkan nama kumpulan search itu sendiri dan telah menjuarai anugerah juara lagu 1989.


Wednesday, July 17, 2019

BLOG: Blog inspiration

BLOG: Blog inspiration: Assalamualaikum w.b.t �� Cubalah bertenang dalam menghadapi apa jua keadaan kerana..?????? "Kerana apa.?" Kerana ianya b...

Tuesday, July 16, 2019

Aeon family day-part 1

Assamualaikum w.b.t😊
"Semoga ada kebaikan didalamnya"

Baru-baru ini pada 15&16 haribulan ,syarikat yang saya bekerja telah mengadakan aktiviti family day iaitu "Aeon Family Day" yang telah diadakan di Tadom Hill Resort,banting selangor.

Ada kawan-kawan saya tanya..
"Hmm,masuk free ke bb network??"
   "Aah,masuk free....
tapi awak kena buat resort sendiri dululah..hahaha!!!

Jom tengok gambar⬇️

Ini merupakan kaunter pendaftaran sebelum masuk kedalam resort.

Peringatan!!!!⛔⛔
"Memang kawasan peranginan ni  merupakan kawasan berhampiran dengan hutan.jadi,jangan pulak nak menyamar jadi zirafah ke jadi beruang ke untuk curi-curi masuk kedalam,kan tak pasal-pasal kena tembak dengan security resort nanti.πŸ˜†hahaha!

Tadom hill resort mempunyai dua pakej iaitu "Day pass bundle 2019" dan "student day pass bundle 2019".
"Macam mana pulak dengan harga dia,?"
"Harga dia berpatutan,jangan risau!"
Kamu semua boleh tengok gambar dibawah⬇️

Bagi mereka yang ada anak-anak ribena berumur bawah 3 tahun,dan juga ada ibu bapa berumur 65 tahun keatas,ianya dikecualikan daripada bayaran.namun kalu ada perubahan harga pihak pengurusan resort akan memaklumkan kepada anda terlebih dahulu sebelum masuk kedalam.

Antara aktiviti-aktiviti "Day pass" yang disediakan oleh resort adalah;
Tadom Splash 
●Tadom Groove
●Tadom oasis

Antara pakej yang lain yang disediakan oleh resort adalah;
inflatable waterpark
●flying fox
●Tadom hill battleground

Kepada siapa yang cita-cita dia masa kecik hendak jadi tarzan,bolehlah join aktiviti "Day Pass".
Tapi,jangan pakai cawat sahaja pulak.boleh berdarah mata-mata pengunjung yang datang ke resort tu nanti.😌!!
Ingatnya,aurat tu penting.😑
Hahaha.tetibe je!!!

Oklah,saya hendak kongsi sedikit gambar-gambar sekitar yang sempat saya rakamkan.⬇️



*kalau ada kenal kawan-kawan yang berbangsa cina,boleh tolong tranlastekan apakah benda yang berbentuk kubah tu yer.hahaha!*

Sesudah membuat pendaftaran,kamu semua akan diberikan gelang emas 20karat sebagai tanda penghargaan.hahaha!
Takdelah,kita akan diberikan gelang oleh pihak resort yang membolehkan kita untuk memasuki resort.

Secara keseluruhanya,tempat ini sangat menarik dan tenang serta amat sesuai untuk dijadikan tempat isitirehat atau tempat bercuti setelah penat bekerja siang malam 24 jam 26 hari dan 312 hari setahun..kiraan tu belum masuk cuti dengan MC lagi yer.
Mc tuuu yang mahal😏😏😏😏
hahaha!

Dan apa yang menarik pasal resort ni adalah konsepnya iaitu,berkonsepkan buluh semuanya.Ada masa bolehlah bawak family apa semua kat sini.
Terasa penat juga nya hendak mengarang menulis nih...hahaha!
Apa-apa pun,Jumpa lagi untuk part kedua nanti.
"Aeon family day-part 2"

Kredit:Tadom hill resort
                                                     BERSAMBUNG