About

Sunday, July 28, 2019

Absolutely halal malaysia 2019

Assalamualaikum w.b.t😊

Tengahari semalam,sempat juga singgah sekejap tengok event "Absolutely Halal Malaysia 2019" yang diadakan di MVEC,kuala lumpur.

⬇️⬇️
Pintu masuk utama MVEC.



   Ajaknya nak pergi tengok je,tapi last2..habis sume tester2 makanan yang ada diranggoh (bahasa pantai timur) maknanya makan lah tuu..hahaha

Antara tester2 yang sempat dirakamkan oleh kamera nokia3310 saya adalah ini⬇️

Die macam karipapap dan rasanya lebih kurang macam bum ada macam-macam rasa dan katanya ianya mirip "DIM SUM".
*SEONFOODINDUSTRYSDNBHD





Lepas habis tester2 yang dimakan.hahaha.terasa haus,singgahlah kat kedai manggo blended.Fuuhh..rasa memukau,terpukau...padan kenyang makan buah jer..hahahaha
Sekian.✌



Friday, July 19, 2019

BLOG: Nasi lemak dan resepi

BLOG: Nasi lemak dan resepi: "Ini bukan nasi lemak 50sen yer..ni nasi lemak RM1.20.made in bangsar,kuala lumpur" https://www.instagram.com/p/B0HnsZhgwzW/?i...

Thursday, July 18, 2019

Isabella89-cover by Anas malik


Assalamualaikum w.b.t😊

Dalam ramai-ramai kawan mesti ada seorang dua yang jenis kepala masuk air.kan?macam yang kat atas tulah⬆️
Hahaha

Masih ingat lagu fenomena isabella yang diterbitkan pada tahun 1989.lagu ini memang terkenal di tanah air dan ianya juga terkenal sehingga ke tanah seberang indonesia.lagu ini juga telah menaikkan nama kumpulan search itu sendiri dan telah menjuarai anugerah juara lagu 1989.


Wednesday, July 17, 2019

BLOG: Blog inspiration

BLOG: Blog inspiration: Assalamualaikum w.b.t �� Cubalah bertenang dalam menghadapi apa jua keadaan kerana..?????? "Kerana apa.?" Kerana ianya b...

Tuesday, July 16, 2019

Aeon family day-part 1

Assamualaikum w.b.t😊
"Semoga ada kebaikan didalamnya"

Baru-baru ini pada 15&16 haribulan ,syarikat yang saya bekerja telah mengadakan aktiviti family day iaitu "Aeon Family Day" yang telah diadakan di Tadom Hill Resort,banting selangor.

Ada kawan-kawan saya tanya..
"Hmm,masuk free ke bb network??"
   "Aah,masuk free....
tapi awak kena buat resort sendiri dululah..hahaha!!!

Jom tengok gambar⬇️

Ini merupakan kaunter pendaftaran sebelum masuk kedalam resort.

Peringatan!!!!⛔⛔
"Memang kawasan peranginan ni  merupakan kawasan berhampiran dengan hutan.jadi,jangan pulak nak menyamar jadi zirafah ke jadi beruang ke untuk curi-curi masuk kedalam,kan tak pasal-pasal kena tembak dengan security resort nanti.πŸ˜†hahaha!

Tadom hill resort mempunyai dua pakej iaitu "Day pass bundle 2019" dan "student day pass bundle 2019".
"Macam mana pulak dengan harga dia,?"
"Harga dia berpatutan,jangan risau!"
Kamu semua boleh tengok gambar dibawah⬇️

Bagi mereka yang ada anak-anak ribena berumur bawah 3 tahun,dan juga ada ibu bapa berumur 65 tahun keatas,ianya dikecualikan daripada bayaran.namun kalu ada perubahan harga pihak pengurusan resort akan memaklumkan kepada anda terlebih dahulu sebelum masuk kedalam.

Antara aktiviti-aktiviti "Day pass" yang disediakan oleh resort adalah;
Tadom Splash 
●Tadom Groove
●Tadom oasis

Antara pakej yang lain yang disediakan oleh resort adalah;
inflatable waterpark
●flying fox
●Tadom hill battleground

Kepada siapa yang cita-cita dia masa kecik hendak jadi tarzan,bolehlah join aktiviti "Day Pass".
Tapi,jangan pakai cawat sahaja pulak.boleh berdarah mata-mata pengunjung yang datang ke resort tu nanti.😌!!
Ingatnya,aurat tu penting.😑
Hahaha.tetibe je!!!

Oklah,saya hendak kongsi sedikit gambar-gambar sekitar yang sempat saya rakamkan.⬇️



*kalau ada kenal kawan-kawan yang berbangsa cina,boleh tolong tranlastekan apakah benda yang berbentuk kubah tu yer.hahaha!*

Sesudah membuat pendaftaran,kamu semua akan diberikan gelang emas 20karat sebagai tanda penghargaan.hahaha!
Takdelah,kita akan diberikan gelang oleh pihak resort yang membolehkan kita untuk memasuki resort.

Secara keseluruhanya,tempat ini sangat menarik dan tenang serta amat sesuai untuk dijadikan tempat isitirehat atau tempat bercuti setelah penat bekerja siang malam 24 jam 26 hari dan 312 hari setahun..kiraan tu belum masuk cuti dengan MC lagi yer.
Mc tuuu yang mahal😏😏😏😏
hahaha!

Dan apa yang menarik pasal resort ni adalah konsepnya iaitu,berkonsepkan buluh semuanya.Ada masa bolehlah bawak family apa semua kat sini.
Terasa penat juga nya hendak mengarang menulis nih...hahaha!
Apa-apa pun,Jumpa lagi untuk part kedua nanti.
"Aeon family day-part 2"

Kredit:Tadom hill resort
                                                     BERSAMBUNG 

BLOG: Quotes by bbn

BLOG: Quotes by bbn: Selagi ianya membawa kebaikan,just do it.!lakukanlah!hal ini kerana,hanya diri kita sendiri tahu apa yang terbaik untuk diri kita sendiri!...
Check on this video
https://youtu.be/RkmAEs4flHw

Sunday, July 14, 2019

Bb network

"I create this blog channel for all people.hopefully,they will get the good benefit to them"
                                                          Sincerely
                                                        Bb network